Flawless

Flawless
Unlike The Heaven Above Flawless We Are Not

Tuesday, October 7, 2014

I Share Because I Care

I Share Because I Care, jenuh otak saya memikirkan apa terjemahan yang terbaik  untuk tajuk posting kali ini dalam bahasa melayu.  Mungkin frasa ini yang paling betul "Saya Kongsi Kerana Saya Prihatin" atau "Saya Kongsi Kerana Saya Peduli."  Kedua-duanya kurang menyentuh jiwa nurani saya berbanding versi bahasa inggeris, padahal saya bukanlah orang yang sangat mahir berbahasa inggeris pun.

Mungkin kerana asalnya dari frasa  "Sharing Is Caring", maka apabila dimelayukan walaupun dengan maksud yang sama tetap menjadi cacat penjiwaannya.  Akhirnya saya mengalah dan biarlah blog ini kekal sejujurnya dengan bahasa "sekerat ular, sekerat belut" bak kata seorang menteri.

Biar pun begitu sekali saya bergelut dengan bahasa yang telah dipertuturkan ibunda  ke dalam mulut ini semenjak kecil lagi, apa yang hendak saya kongsikan kali ini sebenarnya ialah secebis kisah yang mungkin boleh dijadikan manfaatkan kepada kita bersama.

Pernah beberapa tahun dahulu saya menonton sebuah episod program "reality tv", dimana ia memaparkan aktiviti sekumpulan peserta satu rancangan nyanyian dikumpulkan dari serata pelusuk di negara Amerika Syarikat ke Los Angeles untuk bertanding dalam suatu pusingan kelayakan.  Pada waktu-waktu senggang para peserta ini telah dibawa bersiar-siar ke serata bandaraya Los Angeles termasuklah ke sebuah kawasan berpantai di bandaraya tersebut.

Apabila berada di pantai, salah seorang peserta tiba-tiba menjadi sebak dan kemudiannya menangis teresak-esak .  Apabila ditemuramah oleh pengacara rancangan, akhirnya beliau memberitahu bahawa dia tidak menyangka akan wujudnya suatu pemandangan pantai yang sebegitu biru airnya. Peserta itu  berasal dari keluarga yang kurang berada di New York iaitu sebuah bandaraya di sebelah pantai timur Amerika Syarikat.  Pantai yang biasa dilihat ditempat asalnya adalah kotor dan berkeladak.  Oleh itu beliau merasa hiba kerana merasakan alangkah baiknya jika dapat berkongsi pemandangan yang indah itu dengan anggota keluarganya yang lain di New York.

Peristiwa yang dipaparkan dalam episod program tv tersebut melekat didalam kepala saya sehingga kini.  Seorang anak muda menangis teresak-esak kerana tidak dapat berkongsi suatu pemandangan percuma dengan anggota keluarganya yang lain.

Mungkin anda juga pernah mengalami peristiwa yang hampir serupa, contohnya ketika sedang menikmati makanan yang lazat dimulut tiba-tiba terkenangkan anak-anak yang berada di rumah. Hati terus berkata "kalaulah Si Baby atau Si Along dapat rasa makanan ini pasti dia suka!".

Mungkin juga ketika anda sedang bersantai di bawah pepohonan rendang di tepi pantai sebuah pulau percutian yang membiru airnya, tiba-tiba pemikiran menyorot ke suatu sudut rumah nun jauh di kampung halaman, terlihat ibu anda sedang mengurut betisnya dengan minyak panas.  "Aduh!  Ibu tidak pernah jatuh matanya ke pemandangan seindah ini!"



Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah betapa secara semulajadinya jiwa kita ingin berkongsi  benda-benda yang terbaik dengan orang-orang yang paling kita sayangi.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi suatu produk keluaran Shaklee iaitu AJHT.  Apa dia AJHT?  Itu nama singkatan Advanced Joint Health Tablets.  Ia merupakan makanan kesihatan yang diolah sebagai sejenis vitamin untuk sendi yang mengandungi bahan Glucosamine berasal dari ekstrak jagung. Berbanding dengan produk glukosamine yang dikeluarkan syarikat lain, Glucosamine dalam AJHT telah diolah supaya mudah diserap oleh tubuh.

Kenapa saya sibuk-sibuk nak berkongsi tentang kebaikan AJHT?

Mudah sahaja jawapannya, sebagai seorang anak yang kasihkan ayahanda dan ibunda, saya telah membekalkan ibunda saya dengan AJHT dan saya melihat sendiri bagaimana masalah sakit lutut beliau bertambah pulih setelah mengambil "suppliment" ini buat beberapa minggu.

Kisah lain.  Seorang teman baharu kehilangan ibundanya dalam beberapa hari yang lalu.  Alfatihah.

Sometimes "I share not only because I care but because I must!"

p.s.

Satu botol AJHT mengandungi sebanyak 60 tablet, bekalan untuk dua bulan.  Harga jualan RM 124. Harga istimewa sila SMS/Whatsapp 012-474 3370








No comments:

Post a Comment