Flawless

Flawless
Unlike The Heaven Above Flawless We Are Not

Tuesday, October 7, 2014

I Share Because I Care

I Share Because I Care, jenuh otak saya memikirkan apa terjemahan yang terbaik  untuk tajuk posting kali ini dalam bahasa melayu.  Mungkin frasa ini yang paling betul "Saya Kongsi Kerana Saya Prihatin" atau "Saya Kongsi Kerana Saya Peduli."  Kedua-duanya kurang menyentuh jiwa nurani saya berbanding versi bahasa inggeris, padahal saya bukanlah orang yang sangat mahir berbahasa inggeris pun.

Mungkin kerana asalnya dari frasa  "Sharing Is Caring", maka apabila dimelayukan walaupun dengan maksud yang sama tetap menjadi cacat penjiwaannya.  Akhirnya saya mengalah dan biarlah blog ini kekal sejujurnya dengan bahasa "sekerat ular, sekerat belut" bak kata seorang menteri.

Biar pun begitu sekali saya bergelut dengan bahasa yang telah dipertuturkan ibunda  ke dalam mulut ini semenjak kecil lagi, apa yang hendak saya kongsikan kali ini sebenarnya ialah secebis kisah yang mungkin boleh dijadikan manfaatkan kepada kita bersama.

Pernah beberapa tahun dahulu saya menonton sebuah episod program "reality tv", dimana ia memaparkan aktiviti sekumpulan peserta satu rancangan nyanyian dikumpulkan dari serata pelusuk di negara Amerika Syarikat ke Los Angeles untuk bertanding dalam suatu pusingan kelayakan.  Pada waktu-waktu senggang para peserta ini telah dibawa bersiar-siar ke serata bandaraya Los Angeles termasuklah ke sebuah kawasan berpantai di bandaraya tersebut.

Apabila berada di pantai, salah seorang peserta tiba-tiba menjadi sebak dan kemudiannya menangis teresak-esak .  Apabila ditemuramah oleh pengacara rancangan, akhirnya beliau memberitahu bahawa dia tidak menyangka akan wujudnya suatu pemandangan pantai yang sebegitu biru airnya. Peserta itu  berasal dari keluarga yang kurang berada di New York iaitu sebuah bandaraya di sebelah pantai timur Amerika Syarikat.  Pantai yang biasa dilihat ditempat asalnya adalah kotor dan berkeladak.  Oleh itu beliau merasa hiba kerana merasakan alangkah baiknya jika dapat berkongsi pemandangan yang indah itu dengan anggota keluarganya yang lain di New York.

Peristiwa yang dipaparkan dalam episod program tv tersebut melekat didalam kepala saya sehingga kini.  Seorang anak muda menangis teresak-esak kerana tidak dapat berkongsi suatu pemandangan percuma dengan anggota keluarganya yang lain.

Mungkin anda juga pernah mengalami peristiwa yang hampir serupa, contohnya ketika sedang menikmati makanan yang lazat dimulut tiba-tiba terkenangkan anak-anak yang berada di rumah. Hati terus berkata "kalaulah Si Baby atau Si Along dapat rasa makanan ini pasti dia suka!".

Mungkin juga ketika anda sedang bersantai di bawah pepohonan rendang di tepi pantai sebuah pulau percutian yang membiru airnya, tiba-tiba pemikiran menyorot ke suatu sudut rumah nun jauh di kampung halaman, terlihat ibu anda sedang mengurut betisnya dengan minyak panas.  "Aduh!  Ibu tidak pernah jatuh matanya ke pemandangan seindah ini!"



Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah betapa secara semulajadinya jiwa kita ingin berkongsi  benda-benda yang terbaik dengan orang-orang yang paling kita sayangi.

Di kesempatan ini saya ingin berkongsi suatu produk keluaran Shaklee iaitu AJHT.  Apa dia AJHT?  Itu nama singkatan Advanced Joint Health Tablets.  Ia merupakan makanan kesihatan yang diolah sebagai sejenis vitamin untuk sendi yang mengandungi bahan Glucosamine berasal dari ekstrak jagung. Berbanding dengan produk glukosamine yang dikeluarkan syarikat lain, Glucosamine dalam AJHT telah diolah supaya mudah diserap oleh tubuh.

Kenapa saya sibuk-sibuk nak berkongsi tentang kebaikan AJHT?

Mudah sahaja jawapannya, sebagai seorang anak yang kasihkan ayahanda dan ibunda, saya telah membekalkan ibunda saya dengan AJHT dan saya melihat sendiri bagaimana masalah sakit lutut beliau bertambah pulih setelah mengambil "suppliment" ini buat beberapa minggu.

Kisah lain.  Seorang teman baharu kehilangan ibundanya dalam beberapa hari yang lalu.  Alfatihah.

Sometimes "I share not only because I care but because I must!"

p.s.

Satu botol AJHT mengandungi sebanyak 60 tablet, bekalan untuk dua bulan.  Harga jualan RM 124. Harga istimewa sila SMS/Whatsapp 012-474 3370








Monday, October 6, 2014

5 Sebab Kenapa Saya Memilih Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini ramai diantara kita yang kembali bertugas seperti biasa setelah sibuk menyambut hari raya Eidul Adha dan menjalankan ibadah korban.  Kepada ibu bapa yang tinggal di kampung, hari ini hari yang sunyi sepi dari riuh rendah anak-anak cucu bermain dan bergurau-senda.  Hari ini hanya suara burung-burung dan haiwan ternakan yang kembali menemani mereka seperti hari-hari biasa sebelumnya.

Buat kita yang telah kembali ke kota, tentu berat rasa hati untuk melangkah ke tempat kerja di awal-awal minggu seperti ini terutamanya jika minda kita masih dalam mode cuti.  Walau apa pun, itulah rutin kehidupan yang harus kita lalui dan sebenarnya ia adalah suatu jihad, suatu perjuangan  demi mencari rezeki yang halal buat seisi keluarga.

Maka ayuh bertenanglah dan kuatkanlah semangat semoga hari ini menjadi hari yang amat produktif untuk kita samada untuk dunia mahu pun akhirat.

Hari ini saya ingin kongsikan kenapa saya memilih Shaklee.

1.  Shaklee Telah Lama Berada Di Pasaran

Mungkin anda terkejut dengan fakta ini iaitu Shaklee telah bermula semenjak 1915 oleh Dr. Forrest C. Shaklee dengan produk pertamanya Vitalize Minerals.  Bagi saya sendiri, seawal tahun 1992 saya telah mengenali Shaklee sebagai suatu jenama produk makanan kesihatan, lebih 20 tahun dahulu.  Ini amat penting kerana ia bermakna produk-produk Shaklee telah teruji oleh masa atau time-tested.  Bagi produk-produk baharu yang lain, ada risiko tertentu yang perlu kita hadapi sebagai seorang pengguna. Tidak sedikit contoh produk yang telah berada dipasaran yang kemudiannya didapati mengandungi bahan beracun atau jumlah bahan kawalan secara berlebihan, hanya setelah begitu ramai mengambilnya.  Tubuh badan kita bukan tapak ujian produk kesihatan kerana sekali tersalah langkah boleh memberi penderitaan sepanjang hayat atau lebih buruk lagi boleh membawa maut.

2.  Produk Shaklee Halal

Produk Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Services of America iaitu sebuah badan pensijilan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.  Sebagai muslim tidak perlu ragu-ragu lagi!





3.  Produk Shaklee Selamat

Produk Shaklee melalui suatu proses ujian bagi memastikan ianya selamat kepada pengguna sebelum ia dipasarkan.  Ia melaksanakan sehingga 350 ujian kepada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.  Selain dari itu sebanyak 100,000 ujian kualiti setahun dilaksanakan bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar ramuan-ramuan tersebut.

4.  Produk Shaklee Terbukti  Berkesan Secara Saintifik

Penyelidikan saintifk yang dilaksanakan oleh Shaklee hampir lebih 30 tahun dan 100 laporan saintifik telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik membuktikan Shaklee komited terhadap keberkesanan produk-produknya. Selain daripada itu hampir 50 kajian oleh saintis Shaklee telah dipatenkan.

Kajian yang dilaksanakan oleh UC Berkeley School of Public Health pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang mengambil suplemen jenama lain atau tidak mengambil suplemen langsung.

5. Produk Shaklee Mesra Alam

Bermula dengan mencipta satu daripada pencuci biorosot (biodegradable) pertama pada tahun 1960, sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau nya, Shaklee komited dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk kita, rumah kita dan juga bumi kita. Produk Shaklee tiada pewarna tiruan, perisa tiruan dan tiada pemanis tiruan.



Shaklee telah melaburkan hampir $250 juta untuk kajian dan pembangunan produknya (R&D). Shaklee juga melaburkan sejumlah wang syarikat untuk  pemeliharaan alam sekitar, pengiktirafan badan-badan berkepentingan seperti pengiktirafan halal dan FDA bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti, selamat, berkesan dan mesra alam. U.S  Food and Drug Administration (FDA) adalah adalah agensi persekutuan Amerika Syarikat yang bertindak sebagai badan yang mengawal keselamatan makanan, produk tembakau, makanan tambahan(suplemen), ubat-ubatan melalui undang-undang.

Sebagai sebuah entiti perniagaan Shaklee amat kukuh sejarah dan reputasinya, ia juga telah memberikan sebegitu tinggi sekali komitmen kepada produk-produknya, supaya ianya halal, bermutu tinggi serta berkesan.  Jutaan ringgit dibelanjakan untuk menghasilkan sebotol makanan kesihatan untuk anda.

Inilah diantara sebab-sebab kenapa saya memilih produk Shaklee.

Untuk anda kenapa tidak?

p.s.

Shaklee mengadakan tawaran istimewa sepanjang bulan Oktober untuk produk ESP Protein Isolate Powder. Beli 6 percuma 1.

Harga Jualan RM 150 setiap canister.  Harga istimewa SMS/Whatsapp 012-474 3370.

Sunday, October 5, 2014

7 Rahsia Kenapa Shaklee Collagen Powder Paling Mantap

Bismillahirrahmanirrahim,

Ramai diantara kita yang bakal menaiki jinjang pelamin menjelang akhir tahun ini.  Masa semakin berlalu dan bulan oktober ini sudah hampir tamat minggu pertamanya.  Begitulah pantasnya masa meninggalkan kita, tahu-tahu nanti bakal pengantin sudah nak naik pelamin esok hari sahaja!

Jika ada yang ingin menyambut hari berbahagia ni dengan kulit wajah idaman yang flawless, maka hari ini masih belum terlewat lagi untuk memberikan peluang kepada wajah anda untuk merawat dan mempercantikkan kulitnya.  Saya tidak menjanjikan sesuatu yang luar biasa atau flawless tetapi InsyaAllah Shaklee Collagen Powder dapat membantu memperbaiki penampilan anda dihari yang bahagia tersebut walaupun unflawlessly tapi pasti lebih cantik dan menawan.

Hari ini saya nak memberitahu anda 7 Rahsia  Kenapa Shaklee Collagen Powder Paling Mantap:

1.  Sumber Shaklee Collagen Powder diperbuat dari sisik ikan merah laut dalam.  Apa bezanya dengan collagen dari bahan hidupan laut yang lain? Collagen dari haiwan yang hidup dilaut dalam sebenarnya lebih tahan lasak dan lebih anjal, oleh itu anda akan dapat rasai kehebatan yang terkandung dalam Shaklee Collagen Powder  ini apabila  kulit anda lebih anjal dan tahan lasak setelah anda menggunakannya.

2.  Ia mengandungi Lactobacillus.  Pernah dengarkan benda ni kan?  Ye ini bakteria baik yang terdapat dalam minuman kultur seperti vitagen, sustagen dan sebagainya.  Ia baik untuk kesihatan usus anda.  Apa kena-mengena dengan kulit wajah?  Saya pun tanya soalan yang sama.  Kata doktor saya kalau usus tak sihat macam mana nak serap khasiat dari collagen?

3.  Ia mengandungi Pfaffia iaitu suatu bahan diambil dari akar tumbuhan yang boleh merawat masalah rambut gugur.  Jadi kalau anda ada masalah rambut gugur, pfaffia berkerjasama dengan collagen untuk memperkuatkan akar rambut sementara ia menghalang rambut dari gugur.

4.  Ia mengandungi ekstrak Camelia Japonica.  Ia  mengandungi Isoflavine iaitu protin tumbuhan yang menyerupai hormon estrogen wanita yang bertindak menjadikan kulit lebih halus.

5.  Ia mengandungi vitamin C.  Ramai yang dah tahu khasiat vitamin C untuk kulit iaitu ia menjadikan kulit lebih tahan lasak kepada sumber-sumber alahan, mengecutkan jerawat dan menjadikan wakah anda awet muda.

6.  Ia mengandungi vitamin B.  Vitamin B mempunyai kebaikan anti-stress yang baik.  Apa kaitannya?  Pernah lihat apa yang terjadi kepada wajah orang yang stress?  Ya, stress juga boleh memberi kesan kepada kesihatan kulit wajah.  Vitamin B membantu anda mengurangkan stress akibat tekanan tugas di pejabat mahu pun rumahtangga.

7.  Ia mengandungi ekstrak kerang-kerangan.  Ekstrak kerang-kerangan amat kaya dengan glucosamine yang bertindak menambah cairan sendi yang merupakan agen pelincir kepada tubuh badan kita.  Ia bekerja dengan collagen yang memperkuatkan tulang rawan dipermukaan sendi bagi mengembalikan kesihatan sendi.

Jadi saya dah dedahkan 7 rahsia Shaklee Collagen Powder.  Sekarang anda tahu Shaklee Collagen Powder bukan sahaja yang terbaik untuk kecantikan kulit wajah anda semata-mata bahkan ia boleh menjadi sumber pemakanan kesihatan untuk seluruh tubuh anda.

Jangan bimbang saya akan dapatkan nasihat dari doktor untuk memberi anda kaedah terbaik pengambilan yang bersesuaian dengan anda.

Ada lagi satu rahsia yang saya nak berikan kepada anda.  Dalam satu kotak Shaklee Collagen Powder ada 15 sachet untuk bekalan selama 15 hari hingga sebulan bergantung kepada keperluan kulit anda.



Harga jualannya ialah RM 298   ,  Syyyy.....saya ada harga istimewa untuk anda!

Whatsapp/SMS saya di 012-474 3370...

Ok.... bye...wasallam.






Friday, October 3, 2014

Segala-galanya Unflawlessly

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat datang ke blog unflawlessly. Nama ini membawa banyak makna kepada saya. Sehebat mana pun kita sebagai seorang manusia yang menginginkan segala-galanya  flawless dalam kehidupan kita, namun sebenarnya flawlessness atau kesempurnaan itu hanyalah milik Pencipta kita.

Perfection atau kesempurnaan itu kadangkala dikatakan sebagai proses dan bukannya sesuatu keadaan atau "state". Maka sebagai seorang hamba Allah tidak mungkin bagi kita untuk mencapai tahap perfection atau kesempurnaan tersebut dalam kehidupan ini kerana kehidupan itu sendiri adalah merupakan suatu proses dan juga perlumbaan peribadi yang belum berakhir selagi mana kita masih bernafas untuk mencapai sesuatu kesempurnaan.

Dalam proses ini Allah SWT telah meletakkan seorang manusia contoh iaitu tidak lain dan tidak bukan nabi junjungan kita Muhammad SAW. Rasulnya yang mulia itu adalah untuk kita jadikan contoh atau sample manusia yang paling sempurna yang harus dan wajib kita ikuti.

Di atas sebab sedemikian itulah saya memilih nama unflawlessly untuk blog ini.   Ianya suatu peringatan untuk diri saya dan inilah realiti yang kita harus hadapi iaitu setiap detik dalam kehidupan kita penuh unflawlessly dan saya selalu bayangkan ia seolah-olah satu set "jigsaw puzzle" yang berteraburan.

Itu menjadi tugas kita meletakkan setiap kepingan itu ditempatnya yang betul sehingga diakhirnya nanti kita akan dapat melihat suatu gambaran yang sempurna setelah kita mengusahakannya dalam suatu jangka masa yang telah diberikan iaitu kehidupan.

InsyaAllah dalam blog ini, saya akan menulis pelbagai topik mengenai kehidupan dan passion saya dan terlebih dahulu saya memohon maaf andainya ada sebarang salah dan silap dimana-mana posting samada yang ini atau yang akan datang.

Vivix dan Collagen boleh membantu anda mencapai "flawless skin" untuk wajah anda.  Harga istimewa menunggu anda, sila sms/whatsapp 0124743370