Flawless

Flawless
Unlike The Heaven Above Flawless We Are Not

Wednesday, November 26, 2014

TV Kecil di Rumahku

Bismillahirrahmanirrahim

TV kecil rumahku, TV rumahku kecil....entah yang mana satu sesuai sebagai tajuk.
Tapi itulah hakikatnya bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke rumah kami. TV comel ini berada di sudut ruang tamu rumah kami. Kadang-kadang kasihan juga melihat tetamu kami yang perlu duduk dekat dengan peti TV dek kerana kecomelan TV ini.

Maafkan kami kerana tidak menyediakan TV yang lebih besar...kami sangat konservatif. Tatkala tetamu datang berkunjung, kami lebih gemar melayan tetamu berborak dari menonton TV. Jadi kami 'kecil'kan saiz TV, agar tetamu kami lebih utama. Ehhh....jangan salah faham, tetamu kami boleh hidupkan TV ini bila-bila masa yang mereka mahu.

Anak-anak kami juga jarang menonton TV, disebabkan oleh kecomelan TV ini juga. TV ini hanya dihidupkan 1-2 minggu sekali. Doakan kami terus istiqamah menjadikan TV ini sebagai hiasan sebegini. Kami inginkan masa yang berkualiti bersama-sama.

Sunday, November 23, 2014

Minyak Ikan Membantu Mengurangkan Sakit Sendi



Sakit sendi sememangnya boleh mengganggu aktiviti seharian. Sesetengah orang mengalami rheumatoid arthritis yang mengakibatkan sendi-sendi kecil mereka bengkak (jari, pergelangan tangan). Keadaan ini sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke sendi-sendi yang lebih besar (lutut dan siku).

Minyak ikan umumnya dikenali sebagai omega-3. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang mengandungi EPA dan DHA. Kita boleh memperolehi omega-3 daripada sumber ikan dan tumbuh-tumbuhan tetapi hanya sumber ikan sahaja yang mempunyai EPA dan DHA.

Omega-3 Sebagai Anti Radang

Omega-3 mempunyai kualiti anti radang yang dapat membantu mengurangkan sakit-sakit sendi akibat kebengkakan kawasan sendi. Kajian terkini juga menunjukkan pengambilan oemga-3 sangat membantu walaupun pada masa yang sama pesakit arthritis mengambil ubat Disease-modifying anti-rheumatic drugs (DMARDs).


Bagaimana Cara Mengambil Minyak Ikan untuk Kesihatan Sendi?

Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 (EPA dan DHA) sebanyak 2 700 mg membantu kesihatan sendi. Memandangkan kita disarankan untuk mengambil 2 -3 hidangan seminggu, jumlah omega-3 dari hidangan kita hanyalah lebih kurang 45% daripada keperluan oemga-3 yang disyorkan oleh kesihatan sendi.

Oleh itu, pengambilan suplemen minyak ikan sangat digalakkan. Walaubagaimanapun, kita perlu memilih minyak ikan tulen berbanding minyak hati ikan kerana minyak hati ikan mempunyai risiko mengandungi bahan-bahan tercemar dari laut seperti plumbum dan merkuri.

OmegaGuard Minyak Ikan UltraTulen

OmegaGuard merupakan minyak ikan ultratulen yang ditapis menggunakan teknologi terkini berjaya menyingkirkan bahan-bahan tercemar dari laut seperti plumbum dan merkuri.

Selain dari itu, setiap hidangan OmegaGuard, mengandungi 990mg omega-3 dengan 540mg EPA dan 360mg DHA.

Pilihan bijak ialah minyak ikan yang tulen, bebas pencemaran dan halal.

Hubungi saya di 012-4743370 atau add saya di Facebook: Emi Ariyani Aris untuk konsultansi dan tawaran hebat :)



Saturday, November 22, 2014

Omega 3 Membantu Perokok Berhenti Merokok

Ini kajian terbaru....sangat baru. Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Psychopharmacology dijalankan oleh Dr Sharon Rabinivitz Shenkar dan pasukannya. Omega 3 dalam minyak ikan dapat membantu perokok berhenti daripada habit mereka. Murah, berkesan, bagus untuk kesihatan dan hampir tiada kesan sampingan!

Menurut Dr Shenkar kaedah rawatan dan ubat yang digunakan untuk menangani ketagihan nikotin pada masa ini, kurang efektif dan boleh memberi kesan berbalik yang menjadikannya sukar untuk diteruskan.

Kajian yang dilaksanakan oleh Dr Shenkar dan pasukannya mendapati perokok yang diberikan minyak ikan selama sebulan telah mengurangkan jumlah rokok yang dihisap oleh mereka sebanyak 11 peratus jika dibandingkan dengan perokok yang mengambil pil "dummy".

Seramai 48 orang perokok yang telah merokok purata selama 11 tahun dan menghisap lebih kurang 14 batang rokok sehari, menyertai kajian ini. Mereka kemudian di bahagikan kepada dua kumpulan secara rawak.

Satu kumpulan diberikan 950mg kapsul omega-3 (504mg EPA, 378mg DHA, dari sumber ikan laut sejuk) 5 kali sehari selama 30 hari.

Satu kumpulan lagi diberikan 5 pil "placebo" dengan jumlah yang sama seperti kumpulan di atas.

Setelah sebulan, kumpulan pertama telah mengurangkan kadar pengambilan rokok sebanyak 11 peratus yang menyamai hampir 2 batang rokok sehari.

Selain dari itu, mereka juga tidak menunjukkan keinginan kembali kepada ketagihan asal walaupun didedahkan kepada persekitaran perokok setelah disekat dari pengambilan rokok selama 2 jam.


Walaubagaimnapun pengambilan minyak ikan yang bekualiti perlu diperhatikan agar hasil yang diingini diperolehi.

3 biji kapsul OmegaGuard mengandungi 990mg omega-3 (540mg EPA, 360mg DHA).

Terdapat beberapa minyak ikan jenama lain yang hanya mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA untuk setiap 1000mg omega-3.

Selain dari itu, banyak lagi keistimewaan OmegaGuard yang akan saya terangkan dalam entri akan datang.

Minyak ikan berkualiti? Hubungi saya di 012-4743370 atau add saya di FB Emi Ariyani Aris.