Flawless

Flawless
Unlike The Heaven Above Flawless We Are Not

Monday, October 6, 2014

5 Sebab Kenapa Saya Memilih Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini ramai diantara kita yang kembali bertugas seperti biasa setelah sibuk menyambut hari raya Eidul Adha dan menjalankan ibadah korban.  Kepada ibu bapa yang tinggal di kampung, hari ini hari yang sunyi sepi dari riuh rendah anak-anak cucu bermain dan bergurau-senda.  Hari ini hanya suara burung-burung dan haiwan ternakan yang kembali menemani mereka seperti hari-hari biasa sebelumnya.

Buat kita yang telah kembali ke kota, tentu berat rasa hati untuk melangkah ke tempat kerja di awal-awal minggu seperti ini terutamanya jika minda kita masih dalam mode cuti.  Walau apa pun, itulah rutin kehidupan yang harus kita lalui dan sebenarnya ia adalah suatu jihad, suatu perjuangan  demi mencari rezeki yang halal buat seisi keluarga.

Maka ayuh bertenanglah dan kuatkanlah semangat semoga hari ini menjadi hari yang amat produktif untuk kita samada untuk dunia mahu pun akhirat.

Hari ini saya ingin kongsikan kenapa saya memilih Shaklee.

1.  Shaklee Telah Lama Berada Di Pasaran

Mungkin anda terkejut dengan fakta ini iaitu Shaklee telah bermula semenjak 1915 oleh Dr. Forrest C. Shaklee dengan produk pertamanya Vitalize Minerals.  Bagi saya sendiri, seawal tahun 1992 saya telah mengenali Shaklee sebagai suatu jenama produk makanan kesihatan, lebih 20 tahun dahulu.  Ini amat penting kerana ia bermakna produk-produk Shaklee telah teruji oleh masa atau time-tested.  Bagi produk-produk baharu yang lain, ada risiko tertentu yang perlu kita hadapi sebagai seorang pengguna. Tidak sedikit contoh produk yang telah berada dipasaran yang kemudiannya didapati mengandungi bahan beracun atau jumlah bahan kawalan secara berlebihan, hanya setelah begitu ramai mengambilnya.  Tubuh badan kita bukan tapak ujian produk kesihatan kerana sekali tersalah langkah boleh memberi penderitaan sepanjang hayat atau lebih buruk lagi boleh membawa maut.

2.  Produk Shaklee Halal

Produk Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Services of America iaitu sebuah badan pensijilan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM.  Sebagai muslim tidak perlu ragu-ragu lagi!





3.  Produk Shaklee Selamat

Produk Shaklee melalui suatu proses ujian bagi memastikan ianya selamat kepada pengguna sebelum ia dipasarkan.  Ia melaksanakan sehingga 350 ujian kepada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.  Selain dari itu sebanyak 100,000 ujian kualiti setahun dilaksanakan bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar ramuan-ramuan tersebut.

4.  Produk Shaklee Terbukti  Berkesan Secara Saintifik

Penyelidikan saintifk yang dilaksanakan oleh Shaklee hampir lebih 30 tahun dan 100 laporan saintifik telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik membuktikan Shaklee komited terhadap keberkesanan produk-produknya. Selain daripada itu hampir 50 kajian oleh saintis Shaklee telah dipatenkan.

Kajian yang dilaksanakan oleh UC Berkeley School of Public Health pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang mengambil suplemen jenama lain atau tidak mengambil suplemen langsung.

5. Produk Shaklee Mesra Alam

Bermula dengan mencipta satu daripada pencuci biorosot (biodegradable) pertama pada tahun 1960, sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau nya, Shaklee komited dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk kita, rumah kita dan juga bumi kita. Produk Shaklee tiada pewarna tiruan, perisa tiruan dan tiada pemanis tiruan.



Shaklee telah melaburkan hampir $250 juta untuk kajian dan pembangunan produknya (R&D). Shaklee juga melaburkan sejumlah wang syarikat untuk  pemeliharaan alam sekitar, pengiktirafan badan-badan berkepentingan seperti pengiktirafan halal dan FDA bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti, selamat, berkesan dan mesra alam. U.S  Food and Drug Administration (FDA) adalah adalah agensi persekutuan Amerika Syarikat yang bertindak sebagai badan yang mengawal keselamatan makanan, produk tembakau, makanan tambahan(suplemen), ubat-ubatan melalui undang-undang.

Sebagai sebuah entiti perniagaan Shaklee amat kukuh sejarah dan reputasinya, ia juga telah memberikan sebegitu tinggi sekali komitmen kepada produk-produknya, supaya ianya halal, bermutu tinggi serta berkesan.  Jutaan ringgit dibelanjakan untuk menghasilkan sebotol makanan kesihatan untuk anda.

Inilah diantara sebab-sebab kenapa saya memilih produk Shaklee.

Untuk anda kenapa tidak?

p.s.

Shaklee mengadakan tawaran istimewa sepanjang bulan Oktober untuk produk ESP Protein Isolate Powder. Beli 6 percuma 1.

Harga Jualan RM 150 setiap canister.  Harga istimewa SMS/Whatsapp 012-474 3370.

No comments:

Post a Comment