Flawless

Flawless
Unlike The Heaven Above Flawless We Are Not

Monday, December 8, 2014

5 Tips Menghilangkan Jeragat

Jeragat merupakan masalah kulit yang biasa di kalangan rakyat Malaysia. Ini disebabkan kedudukan geografi Malaysia yang menerima matahari sepanjang tahun. Jeragat secara ummunya terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari. Terdapat 4 sebab-sebab utama terjadinya jeragat menurut Dr Haseenah :


1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
4) Keturunan.

Jeragat boleh dihilangkan dengan rawatan-rawatan klinikal. Tetapi jeragat yang masih belum parah boleh dikawal dengan pengambilan suplemen dan krim yang betul. Jadi, jangan tunggu hingga jeragat anda menjadi parah. Kos rawatan menghilangkan jeragat boleh mencecah ribuan ringgit!


Tips 1:


Pengambilan vitamin C membantu tubuh menghasikan kolagen, seterusnya mengurangkan tompok-tompok jeragat di kulit wajah. Kolagen amat diperlukan untuk keanjalan kulit. Malangnya, tubuh kita akan mula mengurangkan penghasilan kolagen sendiri apabila umur kita semakin meningkat. Ditambah dengan pemakanan dan pendedahan kepada cahaya matahari, kolagen akan cepat rosak. Tubuh kita pula tidak mampu menghasilkan vitamin C sendiri, oleh itu kita perlu mendapatkannya melalu pemakanan seharian ataupun pengambilan suplemen. Baca lanjut di sini.




Tips 2:

Pengambilan vitamin E yang boleh menghalang radikal bebas daripada merosakkan kolagen dan sel-sel tubuh yang lain. Radikal bebas adalah atom-atom yang dihasilkan oleh badan akibat terdedah kepada matahari sebagai contoh. Radikal bebas ini akan merosakkan sel-sel tubuh yang sihat. Vitamin E adalah antioksidan yang sangat berkesan untuk meneutralkan radikal bebas seterusnya menghalang berlakunya kerosakan sel-sel tubuh.



Tips 3:

Pengambilan protein yang mencukupi. Protein sangat penting untuk proses penghasilan sel-sel baru yang sihat. Kekurangan protein akan menjejaskan proses penghasilan sel-sel baru yang sihat. Kulit akan kelihatan kusam apabila kulit yang mati akibat jeragat tidak diperbaharui. Soya juga dikenali sebagai kolagen "booster" kerana ianya diperlukan untuk penghasilan kolagen oleh tubuh. Soya merupakan sumber protein yang sangat elok untuk kulit kerana soya mempunyai isoflavon yang hampir menyamai hormon wanita. Hormon inilah yang menghaluskan dan mencerahkan kulit wanita. Tapi hati-hati....kebanyakan soya adalah soya GMO. Soya yang disuntik dengan hormon lain untuk cepat membesar. Soya ini bahaya untuk kesihatan jika diambil terlalu banyak.



Tips 4:

Pengambilan kolagen. Pengambilan kolagen yang berkualiti tinggi dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mencerahkan kulit. Memandangkan penghasilan kolagen oleh tubuh berkurangan apabila usia semakin meningkat, jadi, seharusnya tubuh memerlukan penambahan kolagen dari sumber pemakanan ataupun suplemen.
Kajian yang dijalankan oleh saintis Shaklee mendapati, pengambilan kolagen Shaklee secara konsisten selama 8 minggu dapat mencerahkan kulit wajah sebanyak 50% peningkatan.



Tips 5

Amalkan pemakaian tabir suria (sunscreen). Matahari yang menyinari bumi kini banyak membawa radiasi. Ozon yang semakin menipis menjadikan sinar matahari yang sampai kepada kulit amat merbahaya. Oleh itu jadikan pemakaian tabir suria adalah satu amalan seperti menggunakan ubat gigi untuk menggosok gigi. Pakailah tabir suria organik yang tidak mengandungi bahan kimia untuk kesihatan kulit dan tubuh. Nutriwhite whitening lotion adalah pilihan yang bijak.

Inginkan wajah bebas jeragat?


 Set Jeragat


Sebarang keterangan lanjut/konsultasi, 
whatsapp saya di 0124743370 
atau
like saya di FB page: Ariyani Health and Beauty
atau
add saya di FB: Emi Ariyani Aris


Wednesday, December 3, 2014

Waktu Kecemasan, Crayon Boleh Menggantikan Lilin

Sebenarnya saya tidak pasti keadaan cemas yang bagaimana untuk kita gunakan crayon menggantikan lilin.
Kebanyakan rumah menggunakan flashlight telefon bimbit menggantikan lilin di kala kegelapan :D

Tetapi tak rugi mengetahui ilmu hidup kan? Kita tak tahu kalau pada masa tu telefon bimbit pula kehabisan bateri...


Rumahku Berselerak Akibat.....

Bismillahirrahmanirrahim

Rumah saya lebih kemas dengan gajet. Apabila anak-anak saya menghadap laptop, tab, ipad, tv....rumah saya lebih kemas.

Tetapi saya juga risau apabila banyak kajian yang dijalankan menyatakan gajet membawa lebih banyak kesan buruk daripada baik kepada anak-anak. Saya seperti ibu-ibu lain sudah pasti cuba untuk menghadkan penggunaan gajet anak-anak.

Hakikatnya, ia tidak mudah. Rumah saya berselerak di musim cuti persekolahan ini dek kerana sekatan terhadap penggunaan gajet. Pelbagai permainan yang direka oleh mereka. Selain dari itu, pelbagai 'eksperimen' ala-ala 'sains laman belakang' dibuat.

Dapur saya terpalit dengan pewarna merah di sana sini kerana anak sulung saya ingin mencipta 'darah'. Ruang tamu saya pula bersalji....maklumla sekarang musim sejuk.

Ohhh....saya juga perlu meluangkan masa bermain catur, sahibba. Nasib baik kotak permainan monopoly tidak dijumpai. Jika tidak, saya harus menyediakan masa berjam-jam bermain monopoly. Eh...tapi saya perlu mencari kotak monopoly kerana mereka ingin bermain monopoly esok....
Itu belum lagi dengan 'telefon' cawan kertas yang digantung di tangga. Fahamlah saya kenapa kita memilih gajet.

Ohhh ye, set permainan memanah juga ada di atas katil....pengaruh Hunger Games agaknya. Apabila waktu pagi, buku-buku pula penuh di bawah bantal. Satu malam baca berapa buah buku wahai anak-anakku?

Akhirnya saya juga terjebak dengan proses pengemasan buah tangan mereka ini, sudah tentu mereka juga turut dikerah! Memang hidup saya lebih mudah dengan gajet dan tv...tetapi berbaloikah?

Saya berusaha untuk terus menggalakkan anak-anak saya bercuti tanpa gajet. (Walaupun kadang-kadang rasa nak pengsan!)

p/s: Semasa entry ini ditulis, anak-anak saya sedang memotong kotak-kotak di dalam gambar di bawah....permainan salji telah tamat.....mereka sedang membina rumah, dan saya perlu berzikir lebih kerap :)

Sebenarnya permainan ini belum sempat tamat......




Patutlah rasa 'sejuk' rumah saya, 'salji turun' di ruang tamu rupa-rupanya

Tuesday, December 2, 2014

Kenapa Perlu Ambil Suplemen Vitamin C?

Bismillahirrahmanirrahim

Dulu saya juga skeptikal tentang keperluan pemgambilan suplemen vitamin C. Saya rasa diet saya cukup untuk membekalkan vitamin C. Saya ni memang pemakan ulam-ulaman. Saya jarang mengambil sayur yang telah dimasak. Sesiapa yang baru mengenali saya, pasti akan terkejut dengan jumlah ulam-ulaman yang memenuhi pinggan hidangan tengahari saya. Suami saya kata, sejak berkahwin dengan saya barulah dia kenal nama ulam-ulaman ni.

Jadi saya fikir, kenapa saya perlukan suplemen? Pemakanan saya seimbang, cukup untuk membekalkan vitamin C. Sebenarnya saya silap, sayur-sayuran, ulam-ulaman kita mungkin dibajai dengan baja GMO (Genetically Modified Organism) jadi khasiatnya tak sama macam ulam yang saya petik di belakang rumah opah saya.

Saya mulai sedar saya 'kekurangan nutrient' apabila saya kerap selsema. Ohhhh...saya sememangnya jarang dihinggapi selsema hingga umur saya memasuki angka 30. Kekerapan saya bekerja di luar daerah menjadikan badan saya lemah dan lemau, saya kerap demam. Pada masa itu saya mula mengambil vitamin c apabila rakan-rakan saya mula mencadangkan agar saya mengamalkan suplemen. Saya kurang demam tetapi jerawat saya pula meletup-letup akibat stress...(saya tidak pernah mengalami jerawat sebegini teruk sejak dari remaja, kadang-kadang jerawat hanya muncul apabila kitaran bulanan tiba)

Sehinggalah saya bertemu Sustained Released Vita C Pus Shaklee. Saya mengambil vitamin ini untuk masalah jerawat saya. Tetapi Alhamdulillah, apabila saya rasa sakit-sakit tekak atau hidung mula tersumbat, saya ambil vitamin C hingga 2000mg/sehari iaitu 4 biji kapsul sehari, terus terasa segar. Vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau menghalang penyakit


Kenapa Sustained Release?

Sustained Release bermakna vitamin C ini dilepaskan perlahan-lahan setiap jam ke dalam tubuh kita agar tubuh kita dapat menyerap kesemua vitamin C yang dibekalkan. Vitamin C adalah vitamin larut air, memandangkan tubuh kita memang terditi daripada 80% air, maka vitamin C ini mudah larut tetapi sayangnya, amaun yang tidak diperlukan oleh tubuh akan terus dikeluarkan melalui perkumuhan...rugi kan?

Maksudnya kalau kita makan 500 mg vitamin C yang bukan sustained release, tubuh kita tidak akan menyerap kesemua 500mg vitamin C tersebut pada satu-satu masa. Oleh sebab itu, Dr Shaklee merekacipta vitamin C sustained release, agar setiap jam hanya lebih 100mg vitamin C yang dilepaskan ke dalam tubuh kita.

Anda boleh mencuba vitamin C ini untuk merasai perubahan yang saya alami. 


Sebarang keterangan lanjut/konsultasi, 
whatsapp saya di 0124743370 
atau
like saya di FB page: Ariyani Health and Beauty
atau
add saya di FB: Emi Ariyani Aris