Flawless

Flawless
Unlike The Heaven Above Flawless We Are Not

Monday, December 8, 2014

5 Tips Menghilangkan Jeragat

Jeragat merupakan masalah kulit yang biasa di kalangan rakyat Malaysia. Ini disebabkan kedudukan geografi Malaysia yang menerima matahari sepanjang tahun. Jeragat secara ummunya terbentuk apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari. Terdapat 4 sebab-sebab utama terjadinya jeragat menurut Dr Haseenah :


1) Terdedah kepada cahaya matahari terik
2) Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
4) Keturunan.

Jeragat boleh dihilangkan dengan rawatan-rawatan klinikal. Tetapi jeragat yang masih belum parah boleh dikawal dengan pengambilan suplemen dan krim yang betul. Jadi, jangan tunggu hingga jeragat anda menjadi parah. Kos rawatan menghilangkan jeragat boleh mencecah ribuan ringgit!


Tips 1:


Pengambilan vitamin C membantu tubuh menghasikan kolagen, seterusnya mengurangkan tompok-tompok jeragat di kulit wajah. Kolagen amat diperlukan untuk keanjalan kulit. Malangnya, tubuh kita akan mula mengurangkan penghasilan kolagen sendiri apabila umur kita semakin meningkat. Ditambah dengan pemakanan dan pendedahan kepada cahaya matahari, kolagen akan cepat rosak. Tubuh kita pula tidak mampu menghasilkan vitamin C sendiri, oleh itu kita perlu mendapatkannya melalu pemakanan seharian ataupun pengambilan suplemen. Baca lanjut di sini.




Tips 2:

Pengambilan vitamin E yang boleh menghalang radikal bebas daripada merosakkan kolagen dan sel-sel tubuh yang lain. Radikal bebas adalah atom-atom yang dihasilkan oleh badan akibat terdedah kepada matahari sebagai contoh. Radikal bebas ini akan merosakkan sel-sel tubuh yang sihat. Vitamin E adalah antioksidan yang sangat berkesan untuk meneutralkan radikal bebas seterusnya menghalang berlakunya kerosakan sel-sel tubuh.



Tips 3:

Pengambilan protein yang mencukupi. Protein sangat penting untuk proses penghasilan sel-sel baru yang sihat. Kekurangan protein akan menjejaskan proses penghasilan sel-sel baru yang sihat. Kulit akan kelihatan kusam apabila kulit yang mati akibat jeragat tidak diperbaharui. Soya juga dikenali sebagai kolagen "booster" kerana ianya diperlukan untuk penghasilan kolagen oleh tubuh. Soya merupakan sumber protein yang sangat elok untuk kulit kerana soya mempunyai isoflavon yang hampir menyamai hormon wanita. Hormon inilah yang menghaluskan dan mencerahkan kulit wanita. Tapi hati-hati....kebanyakan soya adalah soya GMO. Soya yang disuntik dengan hormon lain untuk cepat membesar. Soya ini bahaya untuk kesihatan jika diambil terlalu banyak.



Tips 4:

Pengambilan kolagen. Pengambilan kolagen yang berkualiti tinggi dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mencerahkan kulit. Memandangkan penghasilan kolagen oleh tubuh berkurangan apabila usia semakin meningkat, jadi, seharusnya tubuh memerlukan penambahan kolagen dari sumber pemakanan ataupun suplemen.
Kajian yang dijalankan oleh saintis Shaklee mendapati, pengambilan kolagen Shaklee secara konsisten selama 8 minggu dapat mencerahkan kulit wajah sebanyak 50% peningkatan.



Tips 5

Amalkan pemakaian tabir suria (sunscreen). Matahari yang menyinari bumi kini banyak membawa radiasi. Ozon yang semakin menipis menjadikan sinar matahari yang sampai kepada kulit amat merbahaya. Oleh itu jadikan pemakaian tabir suria adalah satu amalan seperti menggunakan ubat gigi untuk menggosok gigi. Pakailah tabir suria organik yang tidak mengandungi bahan kimia untuk kesihatan kulit dan tubuh. Nutriwhite whitening lotion adalah pilihan yang bijak.

Inginkan wajah bebas jeragat?


 Set Jeragat


Sebarang keterangan lanjut/konsultasi, 
whatsapp saya di 0124743370 
atau
like saya di FB page: Ariyani Health and Beauty
atau
add saya di FB: Emi Ariyani Aris


No comments:

Post a Comment