Flawless

Flawless
Unlike The Heaven Above Flawless We Are Not

Tuesday, February 10, 2015

Sakit Sendi Lutut

Ada orang muda-muda dah sakit lutut. Sakit lutut ni bukanlah sakit orang tua sahaja, banyak faktor lain yang menyumbang kepada sakit sendi lutut ini. Tidak dinafikan, faktor usia merupakan salah satu faktor utama sakit sendi lutut.

Ada yang pernah tercedera lutut akibat bersukan atau bersenam. Pergerakan seperti bertinggung (squating) semasa bersenam boleh memberi risiko kecederaan lutut jika tidak dilakukan dengan betul. ada yang menghidap arthritis, ada yang kekurangan kalsium lalu osteoporosis mengakibatkan sendi lutut mula berasa sakit.

Jika dalam bidang perubatan, kecederaan lutut sahaja boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Terseliuh, terkoyak 'cushion' sendi, terkoyak ligamen, retak dan patah, sendi lutut lari (dislocation) dan macam-macam lagi.

Jadi, jangan pandang remeh jika anda menghidapi sakit sendi lutut. Biasanya sakit ini dimulai dengan sengal-sengal ringan yang diambil mudah. Lama-kelamaan ia menjadi semakin parah.



Sekiranya tiada masalah serius yang dikesan oleh doktor tetapi anda masih berasa sengal-sengal sendi lutut, besar kemungkinan anda kekurangan kalsium. Jika anda merupakan seorang penggemar susu, insyaAllah tulang anda sihat. Tetapi jika anda bukan penggemar susu, anda perlu berusaha memenuhi keperluan kalsium harian anda.

Pil kalsium merupakan satu alternatif untuk anda yang sukar mendapatkan keperluan kalsium harian anda.

OsteMatrix bukan sekadar kalsium tetapi juga membekalkan magnesium, vitamin D dan mineral seperti zinc, copper dan manganese. Setiap tablet mengandungi 250mg kalsium. 

Anda disyorkan mengambil 4 tablet setiap hari yang membekalkan 1000 mg kalsium. Walaupun pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting, pengambilan melebihi 2000 mg sehari tidak memberi sebarang kelebihan. 


No comments:

Post a Comment