Flawless

Flawless
Unlike The Heaven Above Flawless We Are Not

Wednesday, December 3, 2014

Rumahku Berselerak Akibat.....

Bismillahirrahmanirrahim

Rumah saya lebih kemas dengan gajet. Apabila anak-anak saya menghadap laptop, tab, ipad, tv....rumah saya lebih kemas.

Tetapi saya juga risau apabila banyak kajian yang dijalankan menyatakan gajet membawa lebih banyak kesan buruk daripada baik kepada anak-anak. Saya seperti ibu-ibu lain sudah pasti cuba untuk menghadkan penggunaan gajet anak-anak.

Hakikatnya, ia tidak mudah. Rumah saya berselerak di musim cuti persekolahan ini dek kerana sekatan terhadap penggunaan gajet. Pelbagai permainan yang direka oleh mereka. Selain dari itu, pelbagai 'eksperimen' ala-ala 'sains laman belakang' dibuat.

Dapur saya terpalit dengan pewarna merah di sana sini kerana anak sulung saya ingin mencipta 'darah'. Ruang tamu saya pula bersalji....maklumla sekarang musim sejuk.

Ohhh....saya juga perlu meluangkan masa bermain catur, sahibba. Nasib baik kotak permainan monopoly tidak dijumpai. Jika tidak, saya harus menyediakan masa berjam-jam bermain monopoly. Eh...tapi saya perlu mencari kotak monopoly kerana mereka ingin bermain monopoly esok....
Itu belum lagi dengan 'telefon' cawan kertas yang digantung di tangga. Fahamlah saya kenapa kita memilih gajet.

Ohhh ye, set permainan memanah juga ada di atas katil....pengaruh Hunger Games agaknya. Apabila waktu pagi, buku-buku pula penuh di bawah bantal. Satu malam baca berapa buah buku wahai anak-anakku?

Akhirnya saya juga terjebak dengan proses pengemasan buah tangan mereka ini, sudah tentu mereka juga turut dikerah! Memang hidup saya lebih mudah dengan gajet dan tv...tetapi berbaloikah?

Saya berusaha untuk terus menggalakkan anak-anak saya bercuti tanpa gajet. (Walaupun kadang-kadang rasa nak pengsan!)

p/s: Semasa entry ini ditulis, anak-anak saya sedang memotong kotak-kotak di dalam gambar di bawah....permainan salji telah tamat.....mereka sedang membina rumah, dan saya perlu berzikir lebih kerap :)

Sebenarnya permainan ini belum sempat tamat......




Patutlah rasa 'sejuk' rumah saya, 'salji turun' di ruang tamu rupa-rupanya

No comments:

Post a Comment