Flawless

Flawless
Unlike The Heaven Above Flawless We Are Not

Wednesday, November 26, 2014

TV Kecil di Rumahku

Bismillahirrahmanirrahim

TV kecil rumahku, TV rumahku kecil....entah yang mana satu sesuai sebagai tajuk.
Tapi itulah hakikatnya bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke rumah kami. TV comel ini berada di sudut ruang tamu rumah kami. Kadang-kadang kasihan juga melihat tetamu kami yang perlu duduk dekat dengan peti TV dek kerana kecomelan TV ini.

Maafkan kami kerana tidak menyediakan TV yang lebih besar...kami sangat konservatif. Tatkala tetamu datang berkunjung, kami lebih gemar melayan tetamu berborak dari menonton TV. Jadi kami 'kecil'kan saiz TV, agar tetamu kami lebih utama. Ehhh....jangan salah faham, tetamu kami boleh hidupkan TV ini bila-bila masa yang mereka mahu.

Anak-anak kami juga jarang menonton TV, disebabkan oleh kecomelan TV ini juga. TV ini hanya dihidupkan 1-2 minggu sekali. Doakan kami terus istiqamah menjadikan TV ini sebagai hiasan sebegini. Kami inginkan masa yang berkualiti bersama-sama.

No comments:

Post a Comment